KOKURIKULUM
Para pelajar digalakkan bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Mereka diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu persatuan akademik atau bukan akademik, di samping diwajibkan menjadi ahli kepada satu persatuan beruniform. Seseorang pelajar tidak boleh memegang lebih dari satu jawatan penting dalam kokurikulum. Poin-poin positif diberi untuk menggalakkan pelajar aktif dalam persatuan dan kelab.
Untuk menyelaraskan kegiatan kokurikulum, Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) bahagian persatuan dan kelab, dan Majlis Sukan Sekolah (MSS) bahagian sukan dan permainan, memainkan peranan penting. Antara aktiviti yang telah diatur oleh MPP dan MSS adalah seperti berikut :
-
Menyelaras aktiviti semua persatuan dan kelab.
-
Menetapkan hari-hari persatuan dan kelab mengadakan mesyuarat sekali seminggu dan menetapkan hari mesyuarat agung.
-
Mengumpulkan laporan aktiviti persatuan dan kelab untuk diberi poin.
-
Menyusun lawatan sambil belajar ke kilang-kilang dan tempat-tempat yang ada kaitan dengan kursus, persatuan dan kelab.
-
Membantu menyelaras program Sukaneka, Minggu Silaturahim, Larian Sekolah, Ujiantara, Saringan dan Karnival Sukan.