MAKLUMAT KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL SESI 2018

SYARAT UMUM DAN KHUSUS:
- Calon adalah warganegara Malaysia.
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM.
- Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
- Calon sihat tubuh badan.
- Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
- Calon bebas daripada masalah mental; dan
- Calon berminat dengan program dipohon.